RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Hariz Fayahet Pernah 'Struggle' Dapat Restu Ibu Untuk Menyanyi - "Dia Harapkan Saya Kerja Dalam Sektor ..."
Peserta Raise The Star Malaysia, Hariz Fayahet tekad mahu meneruskan cita-citanya sebagai anak seni meskipun pernah berdepan cabaran besar termasuklah tidak mendapat restu daripada ibunya pada awal perjalanan seni.
Hariz atau nama sebenarnya Fadhli Hari Fayahet, mengakui minatnya dalam bidang nyanyian bermula sejak awal, namun ibunya pada ketika itu tidak menyokong impiannya untuk menjadi penyanyi.
“Nyanyian adalah segala-galanya untuk saya. Dulu saya pernah berjuang untuk mendapatkan restu daripada ibu.
“Saya mahu buktikan kepada dia yang saya benar-benar serius dan mahu teruskan dalam bidang ini walau apa pun terjadi,” katanya kepada Gempak.
Meskipun kini dia sudah berusia 32 tahun, Hariz tetap akur dengan permintaan ibunya dan menyambung pengajian di universiti dalam bidang sains politik sebelum diberikan restu untuk mengejar cita-cita sebagai penyanyi.
“Saya boleh dikatakan budak bijak. Saya pernah dapat keputusan straight A’s dalam peperiksaan. Jadi, ibu saya harapkan saya jadi pegawai tinggi dalam sektor kerajaan.
“Ibu bukan membenci bidang nyanyian, cuma dia tidak mahu saya jadikan ia sebagai kerjaya utama. Jadi saya habiskan dulu pengajian peringkat ijazah sarjana muda sebelum menyertai pertandingan nyanyian,” jelasnya.
Tambahnya lagi, selepas bertahun-tahun menanti, akhirnya dia berjaya meyakinkan ibunya untuk membenarkannya menyertai mana-mana pertandingan nyanyian.
“Saya tak pernah berhenti mencuba sampai ibu beri restu. Dan akhirnya bila saya masuk pertandingan itu, saya menang,” kongsinya.
Walaupun memulakan kerjaya seni agak lewat berbanding rakan seangkatan lain, Hariz tidak pernah rasa lemah semangat, malah kekal berusaha untuk mencipta nama dalam industri muzik tempatan.
“Saya memang cemburu dengan mereka yang dapat galakan daripada ibu bapa sejak awal. Tapi saya percaya semua yang berlaku ada hikmahnya. Saya menang sebab restu ibu,” katanya.
Dalam masa sama, Hariz menegaskan dia tidak berminat mencipta kontroversi demi populariti, sebaliknya memilih untuk mengangkat nama melalui bakat dan kerja keras.
“Restu ibu jadi penguat semangat saya. Jadi saya akan sentiasa ingat pesan dia. Tak perlu buat perkara yang tak elok untuk jadi popular. Saya akan terus berusaha dan naikkan nama dengan bakat saya sendiri,” ujarnya.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan.
Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.