Kurang daripada 48 jam, salah seorang bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY) bakal dinobatkan sebagai juara di pentas final yang akan berlangsung di Royale Teater Shah Alam, pada Ahad.
Antara bintang yang akan berentap di pentas akhir ialah Keka, Didie Shazry, Zury, Rayme, Pasya, Zuana, Sharee Lopes,Aliff Amie, Hariz Fayahet, dan Aril Eles.
Secara jujurnya, hampir lapan minggu menyaksikan mereka membuat persembahan di pentas RTSM, masing-masing tidak pernah menghampakan para juri dan peminat yang hadir untuk menyokong mereka.
Agak sukar sebenarnya untuk penulis membuat pilihan kerana kesemua 10 bintang ini hebat-hebat belaka.
Tapi jika tetap harus memilih, penulis mungkin akan memilih antara Rayme, Hariz Fayahet, Didie Shazry dan Pasya untuk membawa pulang gelaran juara.
Kosistensi persembahan mereka di dalam program ini jelas terlihat dan tidak pernah menghampakan malah ada konsep persembahan yang dilihat segar dan tidak sama seperti program yang sudah pernah ditayangkan di kaca tv.
Bagaimanapun, kita tidak boleh memandang rendah terhadapa bintang seperti Zuana, Zury, Aril Eles, dan Sharee Lopes kerana mereka juga membuktikan kepada semua bahawa mereka bukan datang untuk sekadar menghiasi program semata-mata.
Mereka juga adalah pesaing terbesar untuk setiap bintang yang masih kekal kerana aura dan magis yang mereka bawakan dalam persembahan mungkin menjadi satu tuah buat mereka untuk merangkul gelaran tersebut.
Tetapi harus diingat, nama yang tidak disebut bukan bererti mereka tidak hebat. Mereka juga mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri.
Peserta yang mungkin selama ini dianggap ‘underdog’ seperti Keka dan Aliff Amie juga harus diberikan 'credit' kerana usaha mereka akhirnya berjaya untuk membuktikan bahawa mereka layak untuk bersaing diatas pentas besar itu.
Jadi siapakah yang bakal dinobatkan sebagai juara pertama Raise The Star Malaysia sekali gus membawa pulang wang tunai berjumlah RM30,000 dan trofi.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga.
Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan.
Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.