RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Kurang Menyengat! Darling, Scha Nuril, Melinda Dadew & Max Brandon ‘Fall’ Di Minggu Suku Akhir

Asyraf Roslan 27/07/2025 | 16:55 MYT

Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY) Rayme, Aril Eles, Pasya, Didie Shazry dan Keka berjaya menduduki tangga lima teratas sekali gus mendapat gelaran ‘The Five’ selepas memberikan persembahan yang menarik pada minggu suku akhir.

Mereka juga merupakan lima peserta pertama yang berjaya melangkah ke minggu separuh akhir.

Turut melangkah ke minggu separuh akhir adalah Sharee Lopes, Zuana, Hariz Fayahet, Alif Amie dan Zury.

Malangnya, perjalanan Darling, Max Brandon, Melinda Dadew dan Scha Nuril berakhir di minggu suku akhir.

Bagaimanapun,Melinda Dadew mencipta rekod apabila berjaya membawa pulang anugerah Gempak Star On Fire untuk empat minggu berturut-turut.

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.

Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Raise The Star Malaysia #Darling #Scha Nuril #Max Brandon #Melinda Dadew