RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: “Lara Bertahan” Baru Pemanas, Hariz Fayahet Janji Akan Terus Berkarya
Finalis Raise The Star Malaysia (RTSMY), Hariz Fayahet meluahkan rasa syukur atas peluang serta rezeki yang diterimanya sepanjang menyertai pertandingan tersebut.
Menurut Hariz, selepas RTSMY dia berharap peminat dapat terus menyokong dan membantu menaikkan lagu baharunya berjudul Lara Bertahan, ciptaan Ikhwan Fatana.
“Apa yang boleh saya katakan, saya bersyukur dengan rezeki ini. Yang paling penting adalah anda semua jangan lupa untuk dengar lagu Lara Bertahan, bantu saya naikkan lagu ini, naikkan lagi nama saya.“Harapan saya sangat besar untuk lagu ini dan saya percaya ada rezeki saya di luar sana, jangan serang mana-mana orang sebab saya bersyukur dengan rezeki ini” katanya kepada Gempak.
Berkongsi mengenai perancangan masa depan, Hariz berkata fokusnya ketika ini adalah memperkemaskan Lara Bertahan dengan proses rakaman semula di studio.
“Perancangan saya selepas ini, kalau untuk lagu Lara Bertahan saya akan masuk studio untuk recording tapi untuk peracangan yang lebih besar saya mahu keluarkan lagu saya sendiri.
“Lagu itu dah ada cuma saya belum berani untuk keluarkan jadi untuk melodi dan sebagainya saya akan execute ke satu tahap yang lebih baik masuk recording dan sebagainya.
“Sepanjang 8 minggu di Raise The Star pun saya ada minta tips dengan para juri. InsyaAllah saya akan keluarkan lagu hasil tulisan saya sendiri, kita target pertengahan tahun hadapan,” tambahnya.
Hariz menduduki tangga keempat dan berjaya membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000, trofi dan sebuah lagu daripada Ikhwan Fatana berjudul Lara Bertahan.
Must-Watch Video