RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Lepasi Pusingan Pertama, Hariz Fayahet, Keka, Rayme, Zuana, Didie Shazry Berjaya ‘Debut’ Dengan Lagu Baharu

Asyraf Roslan 10/08/2025 | 15:00 MYT

Lima bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Hariz Fayahet, Keka, Rayme, Zuana, Didie Shazry berjaya ‘debut’ dengan lagu eksklusif yang diciptakan oleh lima juri tetap program berkenaan.

Keputusan tersebut diumumkan selepas pusingan pertama dan berikut adalah lagu yang akan dinyanyikan oleh ‘The Grand Five’

Ajai - Hantaran Cinta dinyanyikan oleh Zuana

Audi Mok - Gergasi dinyanyikan oleh Rayme

Shila Amzah - Cinta Dusta dinyanyikan oleh Keka

Aina Abdul - Peganglah Hati dinyanyikan oleh Didie Shazry

Ikhwan Fatana - Lara Bertahan dinyanyikan oleh Hariz Fayahet

Sementara itu, Sharee Lopes, Zury, Pasya, Aril Eles, Aliff Amie gagal mara ke pusingan seterusnya

Bagaimanapun, kedudukan pemenang untuk RTSMY masih belum ditentukan.

Nantikan keputusan penuh pada akhir rancangan ini.

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.

Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
#Malaysia #The #Lagu #Star #Debut #Raise