RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Milik Siapakah Gelaran Juara? Mari Semak Lagu Minggu Akhir Dengan Tema The Grand Encore

Asyraf Roslan 09/08/2025 | 12:25 MYT

10 Bintang Raise The Star Malaysia bersorak gembira apabila tiada satu nama pun yang diumumkan akan pulang sewaktu pusingan separuh akhir.

Menghampiri ke garisan penamat, sudah pasti ramai yang mahu mendengarkan lagu baharu yang dicipta khas oleh lima juri tetap iaitu Aina Abdul, Ajai, Shila Amzah, Audi Mok dan Ikhwan Fatana buat bintang-bintang RTSMY.

Bertemakan The Grand Encore 10 bintang yang masih kekal iaitu Zury, Zuana, Keka, Didie Shazry, Aril Eles, Pasya, Sharee Lopes, Aliff Amie, Hariz Fayahet dan Rayme akan merebut gelaran juara.

Mari kita semak senarai lagu untuk minggu akhir:





Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.

Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.

Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.

#Raise The Star Malaysia #The Grand Encore