Finalis Raise The Star Malaysia (RTSMY), Rayme akui terkejut apabila terpilih untuk menyanyikan lagu ciptaan komposer, Audi Mok.
Bagaimanapun, Rayme akur dengan keputusan juri dan terpaksa melihat rakannya, Pasya gagal melanjutkan perjalananya dalam program tersebut.
“Kami sebenarnya sangat-sangat terkejut kerana saya memang nak Audi Mok tetapi tak sangka menjadi pasangan Pasya. Sebenarnya kalau boleh Top 5 saya nak sangat bersaing dengan pasya kerana dia adalah rakan baik saya dalam Raise The Star Malaysia.
“Jadi bila dapat tahu saya yang akan nyanyi lagu itu dan bukan dia memang saya sebak dan kalau tengok memang saya menangis sebenarnya. Sebab macam saya cakap saya mahu bersaing dengan dia di Top 5,” katanya kepada Gempak.
Rancangan Realiti
Raise The Star Malaysia: Pasya Lebih Layak? Rayme ‘Ok’ Dengan Komen Netizen - “Saya Sebak Dan Menangis…”