RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Pentas Kini Dibuka! Semak Senarai Lagu Minggu Pertama
Malam ini pentas Raise The Star Malaysia (RTSMY) bakal membuka tirai dengan menyaksikan 30 bintang bersaing untuk mara ke minggu seterusnya.
Dengan bertemakan Bintang Baharu:Legasi Bermula, 30 bintang akan berduet menyanyikan lagu-lagu hit pilihan mereka untuk menambat hati juri tetap.
Berikut merupakan senarai lagu yang akan dinyanyikan oleh bintang RTS untuk minggu pertama:
.jpg)
.jpg)

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star Malaysia yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.