Raise The Star Malaysia: Perlu Ada Identiti Sendiri, Ajai Minta Peserta Lihat Hael Husaini,Aina Abdul & Shila Amzah Sebagai Contoh
Juri tetap Raise The Star Malaysia, Ajai menegaskan bahawa setiap bintang harus tampilkan identiti mereka yang tersendiri untuk membezakan mereka daripada penyanyi-penyanyi lain.
Menurut Ajai, antara penyanyi yang boleh dijadikan sebagai rujukan buat bakat baharu pada masa kini antaranya adalah Hael Husaini, Aina Abdul dan Shila Amzah.
“Kalau kita lihat penyanyi generasi baharu mereka lebih kepada singer-song writer seperti Hael Husaini, Aina Abdul, Shila Amzah yang mana mereka ini create trademark mereka yang tersendiri, itu sebab mereka boleh berjaya.
“Setiap daripada penyanyi harus mempunyai trademark mereka yang tersendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Ajai turut menegaskan selain mempunyai vokal yang baik setiap peserta juga harus tahu bagaimana untuk menarik perhatian penonton dengan keunikan masing-masing.
“Ada juga yang bagus menyanyi tetapi tiada penarikan. Benda ni simple je kalau kita nak tengok sebab ia datang daripada penonton. Kalau anda dengar penonton itu menjerit tak tentu pasal maksudnya penyanyi itu ada tarikan,” tambahnya.
Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Tomok.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.