RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Perlu Keluar Dari Zon Selesa, Semak Senarai Lagu 14 Bintang Anda Dengan Tema ‘Switch Mode 360’
Dengan tema ‘Throwback’ lima bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY) iaitu Rayme, Hariz Fahayet, Scha Nuril, Zury dan Pasya berjaya menduduki tangga lima teratas untuk minggu keempat.
Bagaimanapun, perjalanan Ayiena dan Maria Effendi pula terhenti selepas gagal menambat hati juri tetap pada malam itu.
Perjalanan masih perlu diteruskan dan untuk minggu kelima, para peserta dicabar dengan tema ‘Switch Mode 360’, di mana mereka perlu menyanyikan lagu-lagu yang tidak pernah mereka sampaikan atau diluar zon selesa.
Berikut merupakan senarai lagu tugasan minggu kelima:

Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.
Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.