RAISE THE STAR MY

Raise The Star Malaysia: Tema Who I Am? Jadi Taruhan! Bintang Mana Pula Yang Akan Pulang, Semak Senarai Lagu Minggu Kedua

Asyraf Roslan 29/06/2025 | 11:25 MYT

Gagal menambat hati juri, lapan bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY) iaitu Iqmal, Azren, Bella, Aiman Hakim, Amir, Halida Ramlee, Wanss Ahmad dan Syahera terpaksa akur apabila diumumkan sebagai peserta yang tersingkir selepas persembahan minggu pertama.

Bagaimanapun, Rayme, Zuana, Aril Eles, Fasya dan Zury pula menjadi lima peserta pertama yang berjaya mara ke minggu kedua.

Sementara itu, turut mengikuti langkah The Five untuk terus bersaing di pentas RTSMY adalah Syaf Kahar, Melinda Dadew,Khalyn, Nishman, Alif Amie, Ayiena, Sharee Lopes, Max, Keka, Darling, Didie, Halida, Bosswan, Scha Nuril , Maria, Hariz Fahayet,Erika Foo, Faysal Saad.

Bertemakan Who I Am? untuk persembahan minggu kedua, 22 peserta yang masih kekal dicabar untuk menyanyikan lagu tugasan mereka secara solo buat pertama kali malam ini.

Berikut merupakan senarai lagu tugasan minggu kedua:




Kesemua peserta diadili oleh lima juri tetap iaitu Ajai, Shila Amzah, Ikhwan Fatanna, Audi Mok dan Aina Abdul.

​​Para peserta akan diadili oleh komposer berdasarkan persembahan dengan markah penjurian sebanyak 80%, manakala undian pihak umum pula menyumbang kepada 20%.

Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.

Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
#Raise The Star Malaysia #Who I Am