RAISE THE STAR MY
Raise The Star Malaysia: Wanns Ahmad Tak Puas Nak Rasa ‘Vibe’ Program Realiti, Sedia Sertai Lagi Jika Diberi Peluang
Bintang Raise The Star Malaysia (RTSMY), Wanns Ahmad tidak menolak untuk mencuba menyertai program realiti lain sekiranya diberikan peluang.
Jelas Wanns atau nama lengkapnya Wan Nursalam Wan Ahmad, dia masih belum puas merasai suasana menjadi salah seorang peserta untuk sebuah program realiti.
“Saya mungkin akan sertai sebab saya tak puas untuk menikmati vibe realiti show itu jadi sekiranya ada peluang itu lagi saya akan cuba.
“Langkah saya tidak terhenti disini sebab seperti sebelum ini pun saya pernah ditawarkan untuk cuba masuk Muzikal Lawak Superstar tapi saya tak dapat terlibat sebab sibuk dengan lakonan,”katanya kepada Gempak.
Dalam pada itu, Wanss tetap meluahkan rasa syukur dengan peluang yang diberikan kepadanya untuk menyertai RTSMY meskipun rezeki tidak berpihak kepadanya.
“Alhamdulillah saya berpuas hati dengan apa yang saya sudah sampaikan pada malam ini dan apa jua keputusan juri saya terima. Tapi ada sedikit rasa ralat sebab saya bab duet ini saya ada sedikit kekurangan dari segi harmoni dan range vokal saya bersama pasangan duet terlalu jauh jadi sukar untuk kami mencari titik tengah.
“Bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana diberikan peluang untuk bersama-sama mengenali orang-orang baharu yang memberikan saya banyak input, secara kesimpulannya saya seronok berada di sini,” ujarnya.
Raise The Star yang dihoskan oleh Alif Star dan Sherry AlHadad bersiaran secara langsung dari Royale Theater Shah Alam selama 8 minggu.
Program ini turut dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Ria serta boleh distrim secara On Demand di aplikasi Astro GO dan sooka.
Langgan Pek Astro One dengan hanya RM49.99/sebulan. Strim Senang Hati, Hiburan Tanpa Henti Untuk Seisi Keluarga. Tingkatkan pengalaman penstriman dengan menaik taraf ke Astro Fibre 500Mbps beserta Pek Hiburan dengan hanya RM139.99/sebulan. Untuk melanggan atau menaik taraf ke Astro One, layari www.astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.
Must-Watch Video