Raja Afiq Berang Dikaitkan Dengan Isu Artis Hutang Ah Long

Amri Hassan
Januari 17, 2018 05:00 MYT
Pelakon kacak Raja Afiq menafikan tuduhan sebuah portal yang menggunakan gambarnya susulan isu 300 artis berhutang dan diburu Ah Long.
Menerusi entri terbaharu pelakon itu, dia menegaskan tidak pernah berhutang dan menggunakan wang sendiri untuk pembiayaan harian.
"Terima kasih kepada yang keluarkan isu ini. Agak-agaklah, aku guna duit sendiri untuk bayar semua benda.
"Tiba-tiba cakap hutang Ah Long bagai, letak gambar macam tu dekat depan. Apahal?
"Nak lakukan cerita janganlah buat macam tu. Nak butukkan orang agak-agaklah jangan sampai aku buat tindakan kepada orang yang keluarkan benda macam ni," tegasnya.
Kecoh sejak seminggu lalu apabila Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi mendedahkan lebih kurang 300 penggiat seni negara sedang dikejar Ah Long.
Baca: 300 Artis Sedang Dikejar Ah Long - Zed Zaidi
Isu menjadi semakin serius apabila Datuk Farid Kamil yang terbabit dengan insiden menampar anggota polis dikaitkan dengan spekulasi mengalami depresi ekora hutang Ah Long.
Zed Zaidi kemudiannya menafikan Farid antara artis yang terbabit dalam isu pinjaman Ah Long.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: IG @rajaafiqofficial
#Zed Zaidi #Raja Afiq #Ah Long #Hutang