Penerbit filem popular, Raja Azmi Raja Sulaiman mempunyai perancangan untuk menerbitkan sambungan filem ... Dalam Botol.

Sambungan filem ini bersandarkan kepada konflik percintaan pasangan sejenis yang ingin kembali kepada jalan agama.

"Saya mahu kekalkan barisan pelakon asal atas sebab mereka sudah faham jalan cerita.

"Sekarang ini saya sedang mencari beberapa orang yang berminat untuk melabur dalam filem ini kerana buat masa ini bajet belum mencukupi," katanya.

Tambah penerbit ini, setelah bajet mencukupi, penggambaran filem ini akan dijalankan secepat mungkin.

Dalam pada itu, filem ini juga akan memaparkan kisah realiti dan Raja Azmi berharap ia dapat memberi kesedaran kepada golongan yang telah terpesong ini kembali ke pangkal jalan.

Filem ... Dalam Botol terbitan Raja Azmi telah ditayangkan kepada umum pada 24 Mac 2011 lalu.


Teks Oleh: Noor Zulaikha Yusof