,
Hiburan

Raja Azrey Sediakan Platform Eksklusif, Gilap Bakat Baharu Dalam Dunia Lakonan!

Amri Hassan
02/09/2024
23:53 MYT
Lima tahun beroperasi, Akademi Raja Azrey komited dalam mencungkil dan mengasah bakat baharu dalam industri lakonan melalui program kelas lakonan yang komprehensif.
Dengan gabungan silibus teori dan praktikal, Akademi Raja Azrey menyediakan peluang unik kepada peserta untuk berkampung selama tiga hari berturut-turut bermula hari Jumaat hingga Ahad bagi mendapatkan pendedahan secara langsung dan merasai suasana penggambaran yang sebenar.
Jelas Raja Azrey, program ini menawarkan lebih daripada sekadar latihan teori. Setiap peserta akan menjalani sesi teori pada waktu pagi dan petang, diikuti dengan sesi praktikal pada waktu malam, di mana mereka berpeluang berlakon di set penggambaran yang disediakan khas.
Program ini juga memberi mereka peluang untuk beraksi di hadapan kamera sekaligus mendapat sijil yang diiktiraf di bawah Akademi Raja Azrey.
"Matlamat utama kami adalah untuk memberikan pendedahan menyeluruh kepada mereka yang berminat dalam bidang lakonan. Kami tidak hanya menekankan teori tetapi juga kepentingan praktikal dalam latihan, kata Raja Azrey.
"Peserta kami akan merasai keseronokan beraksi di hadapan kamera dan mendapatkan com card yang lengkap, sekaligus membantu mereka dalam perjalanan karier seni nanti," katanya kepada media.

Budak Cheras Vs Budak Gurun

Dalam pada itu, pihaknya turut mengadakan Majlis Malam Tonton Perdana dan Pelancaran Telefilem 'Budak Cheras Vs Budak Gurun' sempena siri keempat Cheras.
"Untuk siri kali ini, saya ada 30 orang peserta. Saya gabungkan elemen dari siri Budak Cheras dan Budak Gurun sebelum ini. Jadi ia melibatkan pertelagahan antara penduduk Cheras dan Gurun, Kedah," tambahnya.
Mengulas mengenai kos dan dana untuk telefilem tersebut, Raja Azrey menegaskan dia hanya menggunakan duit sendiri.
"Saya guna duit saya sendiri dan tidak dapat dana mahupun tajaan daripada mana-mana pihak. Saya berharap kerajaan dapat memberikan dana untuk saya menjalankan projek-projek seperti ini secara berterusan," ujarnya.
Sekadar info, telefilem ini akan mula ditayangkan kepada umum pada 3 Sept 2024 jam 9 malam iaitu di platform Youtube Raja Azrey TV Channel.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Raja Azrey Terkejut Iklan Raya Egois Arahannya Viral Di Media Sosial - "Tak Pernah Saya Sangka..."

gempak
06/04/2024
06:19 MYT
Pelakon dan pengarah iklan raya Egois, Raja Azrey terkejut dan tidak menyangka karyanya tular di media sosial dan mendapat jumlah tontonan luar biasa daripada warganet.
Viral

Demi Penuhi Permintaan Sayur Kampung, Wanita Ini Tunggang Motor Ulang Alik Dari Changkat Jering Ke Cheras Setiap Sabtu Untuk Berniaga!

gempak
19/02/2024
13:55 MYT
Kerana minat berniaga, seorang wanita nekad menempuh perjalanan jauh ratusan kilometer dengan menunggang motosikal dari Changkat Jering untuk menjual sayur kampung segar di Kuala Lumpur
Laman Utama

Dana RM1.5 Juta Untuk Akademi Raja Azrey! - "Peserta Dapat Teori & Praktikal Lakonan"

gempak
02/10/2022
09:45 MYT
Dah 10 drama dihasilkan tahun ini.
Laman Utama

“Aku Tak Pernah Marah Atau Berdendam..”- Sherry Alhadad Dedah Pernah Kena Gelak Masuk Akademi Seni Untuk Jadi Pelakon

gempak
04/07/2021
04:50 MYT
Sherry pernah gelak sebab ambil kos untuk berlakon
Laman Utama

Hargai Kerja Keras Frontliner, Ara & Peminat Pakat Masak Daging Salai - "Apa Yang Kami Bagi Tak Setanding Dengan Jasa Mereka"

gempak
15/06/2021
04:04 MYT
Itu adalah salah satu cara kami berterima kasih kepada semua frontliner.