Berita
Raja Charles III Hidap Kanser!
Istana Buckingham semalam mengesahkan Raja Charles III menghidap kanser, seminggu selepas baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.
Istana dalam kenyataan berkata, 'kebimbangan lain dikenal pasti' ketika prosedur prostat benign dijalankan di hospital, baru-baru ini, selain memaklumkan baginda sudah memulakan rawatan, namun tidak memperincikan jenis kanser dan tahap kritikalnya.
BERITA TRENDING: Raja Charles III Miliki Tabiat Pelik? Ini Info Menarik Tentang Raja Britain Baharu
Menurut kenyataan itu baginda kekal positif dan mahu kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin, selain akan terus melaksanakan urusan rasmi seperti biasa, walaupun dinasihatkan doktor supaya menangguhkan hasratnya itu.PILIHAN PEMBACA: Putera Charles Disahkan Positif COVID-19
Selain itu, katanya, baginda memilih untuk berkongsi diagnosis kansernya 'bagi mengelak spekulasi, selain berharap ia dapat membantu pemahaman umum berhubung penyakit itu'."Diagnos lanjutan mendapati ia adalah kanser," katanya. Pengumuman berkenaan meraih pelbagai sokongan, selain Putera Harry memaklumkan sudah berbincang mengenai diagnosis dan akan melawat bapanya.
Advertisement
Sumber yang rapat dengan Harry memaklumkan, suami kepada Meghan yang kini menetap di California, Amerika Syarikat itu dijangka menziarahi bapanya di United Kingdom, beberapa hari lagi.
Tahap kesihatan Charles yang ditabalkan sebagai raja selepas kemangkatan ibunya, Ratu Elizabeth II, 96, pada 8 September 2022, secara umumnya adalah baik, tetapi mengalami kecederaan akibat sukan polo dan ski.
Bulan lalu, Charles meraih pujian kerana secara terbuka memaklumkan keadaan prostat baginda, selain doktor mengakui lebih ramai masyarakat dijangkiti penyakit itu tampil mendapatkan rawatan selepas pengumuman berkenaan. - AFP
PILIHAN PEMBACA: Harith Iskander Teruja Dapat Bertemu Putera Charles
Must-Watch Video