Laman Utama

Raja Dangdut Rhoma Irama Bawa Lagu Butter, Cucu Peminat BTS

Maliah Surip
12/01/2023
14:52 MYT
Legenda dangdut Indonesia, Rhoma Irama menjadi salah seorang penghibur yang mengisi panggung ulang tahun ke-28 stesen televisyen Indosiar, baru baru ini.
Apa yang menariknya, penyanyi berusia 76 tahun itu bukan sahaja menyanyikan lagu miliknya, tapi mengejutkan peminat apabila membawa hit milik band tersohor Korea Selatan, BTS.
Rhoma Irama membuat penonton bersorak dan ‘menikmati’ lagu Butter milik BTS dalam cara dan nuansa dangdutnya tersendiri dengan iringan Soneta Group.
Menurut Rhoma, dia tidak mengambil masa lama untuk berlatih membawakan lagu tersebut.
“Baru berlatih pagi tadi, jadi setengah matang,” akuinya seperti dilaporkan CNNIndonesia.
Kata pelantun lagu Roda Kehidupan itu lagi, dia membawakan Butter, karya yang cukup asing buatnya kerana sang cucu amay meminati BTS. Cucunya juga masuk dalam kategori peminat tegar yang dipanggil ARMY.
“Cucu saya ARMY,” katanya lagi.
Sementara itu, persembahan Rhoma dengan lagu Butter turut menjadi perbualan dalam kalangan ARMY di media sosial.
Meski mengatakan versi yang dibawa Rhoma agak ‘lucu’, namun mereka menikmatinya.
Ada dalam kalangan ARMY malah memanggil penyanyi dangdut senior tersebut sebagai "Rhoma sunbaenim," "Ahjussi,” dan "haraboji."
Sunbaenim (선배님) adalah bahasa Korea bermaksud senior, sedangkan ahjussi (아저씨) bererti pakcik, dan haraboji (할아버지) bererti atok.
Butter merupakan salah satu lagu hit BTS. Lagu itu juga menjadi single berbahasa Inggeris penuh kedua setelah Dynamite.
Melalui Butter, BTS masuk pencalonan Best Pop Duo or Group Performance dan Best Music Video Grammy Awards 2023. Lagu tersebut juga pernah dinyanyikan BTS di atas panggung saat Grammy Awards 2022.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

Gara-Gara Beri Anjing Makan Berlebihan Sehingga Mati, Wanita Dihukum Penjara Dua Bulan

gempak
25/07/2024
21:55 MYT
Mahkamah di New Zealand menjatuhkan hukuman penjara dua bulan ke atas seorang wanita kerana memberi makan anjing peliharaannya secara berlebihan sehingga mati, lapor News Straits Times.
Hiburan

Juicy Luicy Teruja Pertama Kali Datang KL Sempena Malam Galau Kuala Lumpur - "Pastinya Banyak Perancangan Kami..."

gempak
25/07/2024
15:44 MYT
Pertama kali hadir ke Kuala Lumpur, band pop jazz berasal dari Bandung, Indonesia, Juicy Luicy akui teruja.
Viral

"Lepas Saya Letak Tu, Tak Pernah Tengok Dah Sampai Sekarang" - Individu Dipercayai Penulis Surat Layang Kes Buli Arwah Zulfarhan Tampil Bersuara

gempak
25/07/2024
07:30 MYT
Pemilik akaun Instagram, dipercayai individu yang pernah mengirimkan surat layang tentang kes buli bekas penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain tampil memuatnaik hantaran mengimbas kejadian yang berlaku sekitar tujuh tahun lalu.