Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Raja Ilya Umum Hamil 5 Bulan, Pilih Bersalin Di Perth Australia

Azwa Rahman
06/03/2022 23:15 MYT
Pelakon Raja Ilya mengumumkan dirinya kini sedang hamil lima bulan hasil perkongsian hidup bersama suami, Trent Garret.

Menerusi laman sosial Instagram, Ilya berkongsi berita baik tersebut beserta beberapa keping foto ‘baby bump’ untuk tatapan umum.

Menurut Ilya atau nama sebenarnya Raja Ramilah Begum Raja Mohammad, 36, dia rindu untuk pulang ke tanah air namum memilih untuk melahirkan anak sulungnya itu di Perth, Australia.

Malah, pelakon yang kini menetap di negara kangaroo itu juga memohon pengikutnya yang berpengalaman sebagai ibu berkongsi tips-tips hamil sebagai panduan dirinya.

“Syukur alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang ditentukan oleh Yang Maha Esa. Kami happy sangat dekat sini walaupun hati tu rindu nak balik Malaysia, balik Ipoh jumpa keluarga. Rindu nak shooting dengan kawan-kawan.

“Memandangkan Ilya akan bersalin dekat Australia, Ilya harap ramai boleh share tips okay. Bukan mudah rupanya nak jadi seorang ibu tapi at the same time rasa excited dan bersyukur,” jelasnya lagi.

A post shared by Raja Ilya (@rajailya)


Sementara itu di ruangan komen, pengumuman tersebut menerima banyak ucapan tahniah dan doa daripada rakan-rakan selebriti dan pengikutnya.

“Alhamdulillah, happy for you adikku sayang. Mesri cuteness overloads,” tulis Azza Elite.

“Congrats sistur, yeay happy for you,” ucap Erra Fazira.

“Yeay i hope i can come see you darlingku. Hugs and love,” tulis Sangeeta Krishnasamy.

Setakat ini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 31,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Sekadar info, Raja Ilya dan Trent yang juga merupakan seorang ahli perniagaan telah melangsungkan perkahwinan di kediaman suaminya di Perth dalam satu majlis tertutup pada 23 Disember 2018
#Raja Ilya #Selebriti jelita #Perth Australia
;