Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Raja Muda Selangor Takluk Gunung Kilimanjaro!

Amri Hassan
09/09/2023 04:41 MYT
DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah pada Jumaat berjaya menamatkan misi pendakian dan menakluk puncak Gunung Kilimanjaro di Tanzania.

Ekspedisi yang dicetuskan sendiri oleh DYTM Tengku Amir Shah ini adalah bagi mengumpul dana untuk menubuhkan sebuah pusat penjagaan bagi kanak-kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan bantuan pertuturan di Perpustakaan Raja Tun Uda, Shah Alam.

A post shared by Selangor Royal Official (@selangorroyalofficial)


Pendakian Baginda ke puncak Gunung Kilimanjaro setinggi 5,895 meter ini, diiringi oleh sepupu Baginda, YDM Engku Panglima Setia Diraja Dato’ Syed Haizam Jamalullail; kekanda ipar Baginda, YBhg. Dato’ Setia Aubry Rahim Mennesson; Orang Besar Istana, YM Tengku Ezrique Ezzuddean dan rakan Baginda, Keong Yeen Keoh.

Antara penggerak utama misi meraih dana menerusi ekspedisi ini yang bermula pada 31 Ogos 2023 lalu, adalah berpunca daripada kos rawatan yang tinggi yang terpaksa dihadapi oleh keluarga kanak-kanak yang berdepan masalah pendengaran dan pertuturan.

Ini termasuk anak perempuan kepada Dato’ Syed Haizam yang menghidapi masalah sama sejak usia 3 tahun.

Pada tahun 2012, ekspedisi hampir serupa pendakian ke Gunung Kinabalu, Sabah turut disertai DYTM Tengku Amir bersama 23 kanak-kanak OKU dari Cheshire Home.

Kepada yang ingin membantu menyumbang kepada misi dana ini boleh melakukannya di https://www.simplygiving.com/speech-and-hearing-aid-centre-yprtu

#Tanzania #Raja Muda Selangor #Gunung Kilimanjaro #Tengku Amir Shah
;