Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rajinikanth Umum Tubuh Parti Sendiri: "Ini Parti Yang Jujur & Bebas Rasuah"

Maliah Surip
04/12/2020 00:10 MYT
Pesohor Rajinikanth mengumumkan dirinya menubuhkan sebuah parti politik baharu selepas spekulasi mengenainya tersebar sejak kebelakangan ini.

Aktor berpengaruh itu menuliskan di Twitter, parti politik miliknya akan dilancarkan bermula Januari 2021, lima bulan sebelum Pilihan Raya Tamil Nadu.

Pemilik nama sebenar Shivaji Rao Gaekwad itu juga mengatakan semua butiran mengenai parti politik miliknya akan diberitahu pada 31 Disember 2020.

"Parti politik ini akan menumpukan kepada kejujuran dan bebas rasuah," tulisnya seperti yang dilaporkan Indian Express. Aktor itu juga mengatakan parti yang bebas rasuah dan jujur akan memenangi pilihan raya akan datang.

Bersama pengumuman itu, Rajinikanth juga menyelitkan hashtag "Sekarang atau tidak akan terjadi" dan Kita ubah sekarang, kita ubah semuanya".

Kepada pemberita, beliau mengatakan keputusan memiliki parti politik sendiri adalah untuk rakyat Tamil Nadu.

"Jika saya menang, ini bukan kemenangan saya tapi buat Tamil Nadu. Ia adalah sekarang atau tidak akan pernah berlaku," katanya.

Pengumuman tersebut sekaligus mengakhiri spekulasi bintang berusia 69 tahun ini yang dikatakan terjun ke kancah politik sejak tahun 1996.

Kredit Foto: The Indian Express


#Rajinikanth #Politik #Rasuah
;