Bintang K-Pop dan pengacara program realiti 2 Days 1 Night, Jung Joon Young ditahan polis berhubung dakwaan merakam dan menyebarkan video seks secara haram.

Mahkamah Daerah Pusat Seoul mengeluarkan waran tangkap itu selepas perbicaraan berlangsung selama dua jam.

Sebelum ini, menerusi surat permohonan maaf secara terbuka yang dibaca di hadapan media, Jung Joon Young telah mengakui kesalahannya merakam video seks secara haram dan menyebarkan di dalam ruangan sembang (Kakao Talk) yang di sertai oleh Seungri dan juga bekas anggota kumpulan FT.ISLAND, Jonghun.

Terdahulu, Jung Joon Young juga mengakui telah merakamkan aksi hubungan seks dan menyebarkan video itu tanpa kebenaran sekurang-kurangnya 10 wanita.

Sumber: Allkpop