Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rakaman Menari Jadi Bahan Gosip Netizen, Malia Nafi Beri ‘Side-Eye’ Pada Marissa

Gempak
25/02/2024 01:55 MYT
Pempengaruh dan pencipta kandungan, Malia menafikan dakwaan yang mengatakan dia memberi ‘side-eye’ kepada Marissa Dania Hakim seperti apa yang didakwa netizen menerusi satu video yang tular di media sosial baru-baru ini.

BERITA TRENDING: Marissa Dania Malu-Malu Kucing Disuruh Menari!

Malia berkata, ia bukanlah satu hal yang besar dan apa yang disebarkan dalam kalangan pengguna media sosial adalah tidak benar.

A post shared by LEEYANARAHMAN (@leeyanarahman.co)


“Berkenaan dengan video tersebut, saya rasa ia bukanlah satu isu besar. Sebab mana yang kenal saya, tahu saya ni seorang yang ceria, behave dan fun.

“Benda tu (side-eye) tak betul pun. Rasanya kita tak perlulah kot ada kan benda yang tiada,” katanya ringkas kepada Gempak.

Sebelum ini, viral di platform X kononnya Malia memberikan ‘side-eye’ kepada Marissa. Dan hal itu mendapat sokongan daripada pengguna media sosial dan wargamaya.



Marissa menjadi bahan bualan netizen dan juga masyarakat apabila berita mengenai perkahwinannya dengan suami orang tersebar beberapa minggu lalu.

BERITA TRENDING: “Mungkin Kena Mengalah, Bahagi Dua…” - Madu Marissa Dania Akui Raya Tahun Ini Agak Mencabar

Namun sehingga kini, pengesahan hanya dibuat oleh saudara sebelah isteri kepada lelaki yang didakwa telah menjadi suami Marissa.
#Marissa Dania Hakim #Malia
;