Jom Sertai Keluang Man Fun Run yang akan berlangsung pada 18 Mei 2025 dan berlari bersama Borhan! 
HIBURAN

Rakaman Suara Baim Wong Lafaz Cerai Tersebar, Paula Merintih: “Jangan Sayang”

Maliah Surip 26/04/2025 | 04:55 MYT
Meski sudah sah bercerai, drama kehidupan rumah tangga Baim Wong dengan Paula Verhoeven belum tamat.
Terkini media sosial menjadi heboh selepas rakaman suara Baim melafazkan talak kepada Paula tular.
Menerusi rakaman tersebut dapat didengar keduanya berada dalam suasana tenang sebelum Baim melafazkan: “Bismillah, aku mahu cerai.”
Paula didengar beberapa kali merintih meminta agar dirinya tidak diceraikan.
Model yang telah melahirkan dua anak Baim itu terdengar merintih: “Jangan sayang, jangan… kan saya sudah minta maaf.”
Namun Baim teguh dengan pendirian lalu menceraikan Paula.
“Maafkan aku, aku sudah tidak mampu,” ujar Baim lagi yang antaranya mendakwa Paula sudah berbohong kepadanya.
Rakaman suara tersebut tular selepas lebih seminggu pasangan selebriti itu sah bercerai. Mereka bercerai kerana Paula didakwa curang bersama rakan baik Baim.
#cerai #Baim Wong #Indonesia #Paula Verhoeven #Curang #Suara #Rakaman #Merintih