Sepotong video yang merakamkan kawasan di sekitar rumah agam kosong di Bukit Tunku Kuala Lumpur berjaya meraih perhatian Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh seorang individu di akaun TikToknya, memaparkan kawasan dalam dan luar rumah agam vintej yang dipercayai telah bertapak sekitar tahun 1980-an.

Baginda komen


Susulan itu, menerusi akaun TikTok yang menggunakan nama Tengku Ampuan Pahang dapat dilihat baginda seakan berminat untuk membeli rumah tersebut.
@urbex_kl Abandoned house in bukit tunku and i cut my hand rlly bad there #urbex #abandonedplaces #abandoned #fyp ♬ som original - ?????????
“Adakah ini untuk dijual?,” komen baginda ringkas.

Komen netizen


Sementara itu, ada juga warganet yang tertarik dengan respons itu dan turut membalas komen baginda.

“Tuanku dia ni bukan agent real estate tapi hanya buat content bangunan terbiar. Kalau nak beli kena tau alamat dulu," tulisnya.

Bagaimanapun, menerusi pemerhatian Gempak masih tiada respons daripada pemilik video tersebut terhadap komen itu.

Setakat artikel ini ditulis hantaran ini telah mendapat sebanyak 38 ribu tontonan di TikTok.


Berita Trending: Tetap Jaga Ukhuwah Dengan Keluarga Puteri Sarah, Yusof Haslam Tak Ambil Hati…

Berita Trending: "Daripada Dulu Mak Saya Memang Sayang Dia" - Raya Bersama, Zul Ariffin Anggap…