Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Rakan Artis Dedah Irma Hasmie Sudah Bercerai 6 Bulan Lalu

Asyikin Mayudin
30/04/2024 13:51 MYT
Status rumah tangga Irma Hasmie akhirnya terjawab apabila seorang individu dipercayai rakannya iaitu Reen Emran tampil mendedahkan rumah tangga pelakon itu dengan Redza Syah Azmeer sudah berakhir sejak enam bulan lalu.

Menerusi perkongsian di Instastory, Reen memberitahu dia sudah mendapat keizinan daripada rakannya untuk berkongsi perkara itu untuk mengelak dari terus timbul fitnah.

“Untuk menjawab kepada persoalan apakah status mereka sekarang dan untuk mengelakkan dari terus timbul fitnah.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri).

“Untuk pengetahuan, mereka sudah sah bercerai enam bulan lepas.

“Dengan persoalan yang dah terjawab, saya mohon pada semua beri ruang untuk sahabat saya,” kongsinya.

Pada perkongsian yang sama, Reen juga memberitahu Irma dan anak-anak kini dalam keadaan baik dan pelakon itu bakal mengerjakan ibadah haji tidak lama lagi.

“Alhamdulillah dia dan anak-anak okay dan sihat saja. Alhamdulillah Allah kurniakan sesuatu yang lebih baik dan indah.

“InsyaAllah dia akan mengerjakan ibadah haji tak lama lagi. Mohon semua doakan yang baik-baik buat sahabat saya. Terimah kasih semua,” katanya lagi.

Status yang dikongsikan Reen itu telah diulangsiar oleh pengacara Amin Idris di ruang Instagram Story yang memberitahu kenyataan itu merupakan perkembangan terkini status rumah tangga Irma.

Terdahulu, bekas suami Irma, Redza Syah Azmeer memaklumkan dia sudah berkahwin baharu selepas lelaki itu memuat naik foto perkahwinan di akaun Instagram (IG), baru-baru ini.

Sebelum ini, timbul dakwaan rumah tangga Irma dan suami dikatakan sedang dilanda badai susulan jarang memuat naik foto bersama sejak Ogos 2023.

Untuk rekod, Irma dan Redza mendirikan rumah tangga pada 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Bagaimanapun, usaha media untuk mendapatkan pengesahan daripada Irma bertemu jalan buntu.

#Irma Hasmie #bekas suami Irma #Irma cerai
;