Penyanyi Tomok sememangnya dikenali sebagai seorang yang selesa berkongsi mengenai kisah kisah kerjaya dan keluarga.

Namun begitu, tidak ramai yang tahu tentang sikap sebenar Tomok dalam kehidupan sebenar dan di luar pandangan peminat.

Menerusi satu dokumentari khas bertajuk TOMOKTWNTY yang kini ditayangkan di laman YouTube, rakan-rakan artis serta peminat telah mendedahkan sikap pemilik nama sebenar Shah Indrawan ini.

Memasuki episod ketiga yang mula ditayangkan hari ini, banyak perkara yang didedahkan oleh beberapa rakan artis untuk disaksikan oleh para peminat.

Antara artis berkongsi cerita dalam TOMOKTWNTY adalah Black Hanifah, Zimi, Gjie 6ixth Sense, Johan, Zahid dan ramai lagi.



Episod pertama telah pun disiarkan pada tanggal 27 Disember lalu.

TOMOKTWNTY boleh ditonton menerusi saluran YouTube Monkey Bone dan setiap episod akan disiarkan dua minggu sekali.