Penantian identiti pembunuhan kejam seorang gadis berusia 19 tahun akhirnya disahkan oleh pihak mahkamah.

Mahkamah Majistret di sini hari memutuskan seorang pelajar perempuan atas tuduhan membunuh kenalannya, Siti Nur Surya Ismail, 19.

Berita Harian melaporkan, Siti Nur Athirah Azmi, 19, didakwa di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Mengikut kertas pertuduhan, pelajar Tingkatan Enam itu didakwa membunuh Siti Nur Surya di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Jalan Bukit Tadok, Telemong, pada 1 November lalu antara jam 8.30 hingga 9.30 pagi.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh dan tiada jaminan ditawarkan.

Seksyen 302 memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Engku Nurul Ain kemudian menetapkan 10 Januari depan untuk sebutan semula kes di Mahkamah Majistret Kuala Berang.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Amer Abu Bakar Abdullah, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Mazlan Md Zain.

Terdahulu, Siti Nur Athirah yang memakai pakaian lokap berwarna ungu dan bertudung hitam, tiba di perkarangan Mahkamah Majistret Marang, kira-kira jam 9.40 pagi.

Beberapa ahli keluarganya termasuk ayah dan ibu dilihat turut berada di pekarangan mahkamah berkenaan dan melambai tertuduh.

Sebelumnya, Siti Nur Athirah dilaporkan membunuh rakannya itu dengan mengelar beberapa kali pergelangan tangan kiri mangsa sehingga putus, direman tujuh hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda bagi membolehkan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.



Kredit Foto: Awani

Sumber: Berita Harian