Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Rakan Selebriti Kongsi Kesedihan Pemergian Penerbit Astro

Kamaruddin Razal 02/03/2020 | 12:14 MYT
Pemergian seorang penerbit eksekutif program di Astro, Norazian Mohd Zahir yang meninggal dunia awal pagi tadi meninggalkan kesan terhadap beberapa rakan selebriti tempatan.
Norazian yang pernah terlibat dengan program-program di Astro seperti Akademi Fantasia, The House, HBO Sentral, Lara oh Lara, Little Princess Aaisyah, Tom Tom Bak dan banyak lagi menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Prince Court pada jam 6.17 pagi.
Selebriti seperi Nora Danish, Sherry Alhadad, Lisa Surihani, Nabil Ahmad dan Dynas Mokhtar turut berkongsi rasa sedih di laman Instagram mereka.
Berikut merupakan bebetapa entri mengenang pemergian Norazian:

Innalilahiwainnalilahirojiun, sekali lagi kita dikejutkan dengan kematian sahabat yg sangat dikasihi ? Kak Yan, tenanglah kau di sana. Yang pasti Allah taknak kak Yan lebih sakit. Mari kita sama sama doakan Semoga roh nya dicucuri rahmat, Dan ditempatkan Di kalangan orang yang beriman. Amin. Al Fatihah. ‎بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ‎الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ ‎الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ‎مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ‎إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ ‎اهْدِنَا الصِّرَاطَ المُسْتَقِيمَ ‎صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ ‎غَيْرِ المَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ • • Salam takziah buat keluarga kak Yan tercinta. @zacmalek be strong kak ?? . We will always n forever love u kak Yan. Terima kasih Di atas segalanya.

A post shared by Mrs Nedim (@noradanish) on

‎بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ ‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ ‎إنا لله وإنا إليه راجعون ‎اللهم اغفرله وارحمه و عافه واعف عنه Dukacitanya di maklumkan, Sahabat yang kita kasihi, *Norazian Mohd Zahir* (Yan) telah pulang ke Rahmatullah pagi tadi, 6.17am Al-fatihah dan takziah kepada keluarga beliau. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat & ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman serta para anbiya’. Aameen . Sahabat baik kami di Astro. Mohon sahabat sahabat saya sedekahkan surah Al Fatihah ❤️

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

I heard the news when I woke for Subuh this morning. You returned to Allah swt at 6:17am the exact time for the call of that prayer.. MasyaAllah how Allah swt loves you so. I admire and love you for your zest for life and the lives around you. You were a huge contribution to my early learning curves as a host. You held my hand, you guided me in learning ropes of tv show productions, you had so much faith in me despite trying times of hosting job opportunities and you loved me. Because of you, I have so many meaningful memories as a host in Astro. I cried during Subuh today but Allah swt loves you so much. Innalillahiwainnailaihirajiun. Allahumarghfirlaha Warhamh Wa’afiha Wa’fu Anha. Al-Fatihah for my dearest babe, my sunshine, Yan. Will remember your pesan to me. See you later babe.

A post shared by Lisa Surihani Mohamed ? (@lisasurihani) on

إنا لله وإنا إليه راجعون , salam takziah kepada seluruh ahli keluarga kak Yan..may Allah grand u jannah kak Yan ???????????

A post shared by Nabilzira (@nabilzira) on

Another sad news today . Moga u tenang disana babe... will always pray for you dear friend . Al-fatihah .

A post shared by dynas (@dynasmokhtar) on

Norazian menghembuskan nafas terakhir selepas bertarung dengan barah limfoma darah semenjak 2019.
Allahyarhamah disemadikan di Tanah Perkuburan Raudhatul Sakinah, Taman Batu Muda, petang tadi.
#Meninggal Dunia #Penerbit
;