Laman Utama

"Rakyat Disaran Berniaga Daripada Keluarkan KWSP" - Ahmad Maslan

Gempak
16/04/2023
00:43 MYT
Rakyat disarankan untuk mencari alternatif lain seperti berniaga daripada membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi menyelesaikan masalah.
Kenyataan itu dibuat Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan sekali gus menolak usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan di Dewan Negara.
“KWSP adalah simpanan hari tua, bukan simpanan hari muda. Ia simpanan untuk masa depan. Kalau kita nak selesaikan masalah ketika ini, kita perlu ada option (pilihan) yang ketiga dan bukan hanya perlu berhutang.
“Kalau tak mahu berhutang, jangan pergi ah long tetapi kita boleh berniaga kerana ada RM40 bilion pinjaman mudah yang kita berikan dalam Belanjawan 2023.
“Carilah segala perkara itu, RM40 bilion itu untuk membantu rakyat yang kesusahan dan bukan hanya menunggu untuk mengeluarkan (KWSP) untuk kali kelima,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menggulung usul pengeluaran KWSP bersasar yang dibahaskan oleh 12 Ahli Dewan Negara, di Parlimen baru-baru ini.
Dalam pada itu katanya, kerajaan juga telah mengumumkan pelbagai bantuan untuk diberikan kepada rakyat menerusi Belanjawan 2023 termasuk bantuan hari raya dan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
“Antara bantuan yang telah diumum kepada ahli-ahli KWSP, inisiatif penambahan caruman sebanyak RM500 dan insentif i-Saraan daripada RM250 kepada RM300 setahun.
“Ini supaya mereka ada motivasi untuk menambah caruman. Satu lagi dalam bajet, kita tambah jumlah caruman sukarela setahun daripada RM60,00 kepada RM100,000.
“Jadi, kalau nak kata kerajaan ini tak bertanggungjawab, tak menolong rakyat, itu adalah satu perkara yang sangat-sangat tidak betul,” jelasnya.
Tambah Ahmad, sebab utama pengeluaran KWSP itu tidak dibenarkan kerana (Kerajaan Perpaduan) ingin menjadi kerajaan yang bertanggungjawab.
“Mungkin lepas kali kelima, minta lagi kali keenam dan ketujuh. Kalau (kerajaan) nak popular, luluskan sahaja. Tetapi kita ingin menjadi kerajaan yang bertanggungjawab maka kerajaan tidak menerima usul yang dibentangkan,” katanya.
Sumber: Utusan
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Dayang Areeda Cuak Lakonkan Babak Nasi Kangkang Untuk Jerat Aliff Aziz - "Saya Risau Pandangan Masyarakat"

gempak
26/07/2024
13:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan babak pelakon Dayang Areeda cuba menjerat Aliff Aziz dengan menggunakan ilmu sihir nasi kangkang mencuri perhatian ramai di media sosial.
Terkini

Netizen Terharu Lihat Pelajar Universiti Ini Beri Sepotong Kek Kepada Pekerja Restoran Mamak

gempak
26/07/2024
06:55 MYT
Beberapa pelajar dari sebuah universiti meraih perhatian netizen apabila rakaman yang memperlihatkan mereka memberi sepotong kek kepada seorang pekerja kedai makan yang sering mereka kunjungi viral di media sosial.
Berita

Kes Bunuh Farah Kartini: Isteri Tertuduh Belum Bersedia Tampil

gempak
26/07/2024
04:33 MYT
Isteri kepada Muhammad Alif Monjani, yang didakwa atas pertuduhan membunuh Nur Farah Kartini Abdullah pada 10 Julai lalu, masih belum bersedia untuk hadir ke Mahkamah Kuala Kubu Bharu bagi mengikuti kes pertuduhan terhadap suaminya, pada Jumaat.
Viral

Ibu Arwah Zulfarhan Akui Pernah Tak Restu Anak Masuk UPNM

gempak
26/07/2024
03:55 MYT
“Dia selalu dekat dengan kami sekeluarga,” begitulah keluhan ibu kepada arwah Zulfarhan, yang menyatakan dirinya pernah tidak merestui anak lelakinya itu untuk melanjutkan pelajaran di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM).
Berita

"Saya Tidak Lagi Mewakili Ismanira" - Peguam Ibu Zayn Rayyan

gempak
26/07/2024
01:55 MYT
Peguam, Mahmud Jumaat mengesahkan tidak lagi mewakili ibu, Zayn Rayyan Abdul Matiin, yang dituduh atas kes pengabaian terhadap kanak-kanak autistik itu di Mahkamah Sesyen pada Jumaat.