,
Berita

Rakyat Malaysia Makan Terlalu Banyak Daging

Syafiqah Jalal
04/04/2017
07:30 MYT
Rakyat Malaysia makan terlalu banyak produk haiwan dan kurang sayur-sayuran, menurut pakar nutrisi di Institut Jantung Negara (IJN).
Bercakap pada pelancaran edisi ke-8 Bulan Nutrisi, yang merupakan acara tahunan, di sini pada Isnin, mereka berpendapat obesiti menjadi punca penyakit serius seperti diabetes dan jantung yang masih menghantui rakyat Malaysia.
Ketua Pegawai Eksekutif IJN Datuk Seri Dr Mohd Azhari Yakub melancarkan program tersebut, termasuk kelas memasak bagi mereka yang berminat dengan diet sihat.
"Pelbagai demonstrasi masakan dibuka kepada orang awam untuk mempelajari bagaimana memasak cara sihat di samping membantu memelihara kebersihan persekitaran," katanya ketika merasmikan Bulan Nutrisi 2017, bertemakan 'Go ECO - Eat for Health, Care for the Environment and Optimise Wellness'.
Dr Mohd Azhari berkata bulan nutrisi berkenaan bertujuan menggalakkan amalan pemakanan sihat yang juga melestarikan alam sekitar bagi mencapai kesihatan secara menyeluruh.
Pengerusi Bulan Nutrisi 2017 Foong Pui Hing berkata kesemua pakar diet dan kakitangan perkhidmatan makanan sangat berdedikasi dalam usaha menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan pekerja IJN dan orang awam.
Beliau berkata, rakyat Malaysia seringkali mengambil mudah berkenaan kesihatan mereka dan ramai yang tidak sedar mereka menghidap diabetes, penyakit jantung dan sebagainya.
Fong menggalakkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang ditawarkan IJN, antaranya demonstrasi masakan dengan resipi mesra alam setiap Selasa dan Khamis bermula 12 tengah hari di lobi utama hospital.
Setiap peserta akan diberi buku kecil 'Urban Health' dan artikel serta resipi mesra alam.
Sumber: Bernama
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

“Abang, Selamat Pulang Ke Kampung Halaman” - Netizen Teruja Lihat Lee Minho Kembali Ke Malaysia

gempak
13/09/2024
15:55 MYT
Kehadiran pelakon Korea terkenal, Lee Minho yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang pada jam 5 petang tadi ternyata disambut meriah oleh peminatnya.
Hiburan

Sandra Lim Mahu Harumkan Malaysia Di Pentas Miss Universe - "Perjalanan Ini Bukan Mudah"

gempak
12/09/2024
12:55 MYT
Selepas kemenangan yang diraih menerusi acara Miss Universe Malaysia baru-baru ini, pelakon dan model, Sandra Lim berhasrat mahu berusaha keras bagi mengharumkan nama negara ke persada dunia.
Hiburan

Pernah Berdepan 3 Pertuduhan Akibat Hantaran Di Laman Sosial, Pelawak Rizal Van Geyzel Kini Lebih Teliti Upload Video Jenaka

gempak
12/09/2024
11:55 MYT
Pelawak Rizal Van Geyzel mengambil iktibar selepas berdepan pertuduhan berkaitan hantaran video yang menyentuh sensitiviti kaum di Malaysia pada Julai 2022.
Viral

"Malaysia Ada Makanan Terbaik Di Dunia" - Uncle Roger

gempak
12/09/2024
09:25 MYT
Pelawak dan Youtuber asal Malaysia, Nigel Ng, telah melancarkan restoran sulungnya, ‘Fuiyoh! It’s Uncle Roger’ di Pavilion Kuala Lumpur baru-baru ini.
Berita

Rakyat Malaysia Lawat Atau Transit UK Perlu Mohon ETA Mulai 2025

gempak
11/09/2024
16:55 MYT
Mulai 8 Januari tahun depan, rakyat Malaysia yang melancong atau transit di United Kingdom perlu mendapatkan Kebenaran Perjalanan Elektronik (ETA), langkah yang ditetapkan untuk memudahkan kemasukan bagi pelawat jangka pendek.