Rakyat Malaysia Pertama Tampil Dalam Rancangan Shark Tank, Terima RM3.36 Juta!
Asraf Aided
11/10/2019 12:01 MYT
11/10/2019 12:01 MYT
Seorang wanita Malaysia, Amber Leong telah mencatat rekod sebagai rakyat Malaysia pertama yang memasuki program realiti keusahawanan di Amerika Syarikat iaitu Shark Tank.
Memetik laporan malaymail.com, Leong telah menerima USD 800,000 (RM3.36 juta) dari dua pelabur terkenal, Mark Cuban dan Lori Greiner.
Leong akan menggunakan wang berkenaan untuk menjayakan syarikatnya. Pada masa yang sama, dia juga mendapat hak perkongsian sebanyak 20 peratus dalam syarikat tersebut.
Leong menghadiri program terbabit pada Ahad lalu dan membentangkan kertas kerja syarikatnya kepada para pelabur.
Syarikat yang diberi nama Circadian Optics itu menawarkan produk lampu terapi untuk kesihatan manusia.
"Kebanyakkan antara kita bekerja keras dalam pejabat yang tidak cukup pencahayaan.
"Kita tidak dapat cahaya yang cukup, ia akan menganggu sistem 'body clock' dan membuatkan kita cepat berasa penat," katanya kepada sumber.
Circadian Optics diasaskan oleh Leong bersama suaminya Kin Mun Chew tiga tahun lalu. Hasil jualan online produk mereka telah mencecah USD 4 juta (RM16.8 juta) setakat ini.
Sumber : malaymail.com