Malang buat penduduk Palestin apabila masih berlaku penindasan terhadap mereka.

Namun kali ini, penindasan terhadap jutaan penduduk Palestin dilihat semakin ketara apabila tidak diberi akses kepada vaksin COVID-19.

Menerusi laporan Berita Harian, pnduduk Palestin mungkin perlu menunggu tempoh beberapa bulan lagi untuk mendapatkan akses kepada vaksin.

"Namun, ia bergantung kepada budi bicara Tel Aviv, yang akan mula mengedarkan kira-kira empat juta dos vaksin Pfizer-BioNTech.

"Malah, jika mendapat bekalan itu sekali pun, Palestin akan menghadapi masalah logistik untuk menyimpan vaksin ini yang memerlukan stor sejuk beku.

"Ini agak mustahil kerana Semenanjung Gaza hanya mendapat bekalan elektrik selama lapan jam sehari," menurut laporan itu.

Dalam perkembangan lain, pemimpin Palestin memberi bayangan mereka mungkin tidak dapat melancarkan kempen vaksinasi COVID-19 dan terpaksa bergantung kepada program antarabangsa.

Difahamkan, kempen vaksinasi dilancarkan Israel sekarang hanya merangkumi pendatang haram Yahudi di Tebing Barat, sekali gus mengecualikan kira-kira 2.5 juta penduduk Palestin yang tinggal di wilayah terbabit.