Rakyat Sayu Lihat Pak Lah Hadir Ke MAHA 2022 Berkerusi Roda - “Semoga Diberi Kesihatan Yang Baik Buat Tun Abdullah…”

Izwan Isa
Ogos 11, 2022 22:50 MYT

Sejak penganjurannya bermula pada 4 Ogos lalu, Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang berlangsung di MAEPS Serdang, Selangor berlangsung dengan penuh meriah.

Pelbagai acara dapat disaksikan termasuk jualan hasil pertanian, peternakan dan juga produk-produk hasil air tangan usahawan kecil tempatan.
Justeru, tidak hairanlah jika pameran ini mendapat perhatian ramai pengunjung, termasuk yang tinggal di luar Selangor.
Begitupun, penganjuran hari ketujuh MAHA 2022 semalam menyorot perhatian orang ramai apabila bekas Perdana Menteri Malaysia Kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra disapa Pak Lah turut menghadirkan diri.
Menerusi perkongsian Facebook Jabatan Perkhidmatan Veterinar, kehadiran beliau berkerusi roda meraih perhatian ramai.
Meninjau komen-komen yang ditinggalkan di platform media sosial, ramai yang menzahirkan rasa sayu dan mendoakan kesihatan serta kesejahteraan Pak Lah.

@dodoshellout #mantanpm ♬ Cinta Sampai Mati - Raffa Affar
“Ya Allah kau berilah kesembuhan kepada bekas PM kami yg ke-5 ini. Berikan kesihatan yang baik kepadanya, hilangkanlah segala kesakitannya dengan mudah. Amin ya rabb.”
“Semoga diberi kesihatan yang baik buat Tun Abdullah mantan PM.”
“Cepat masa berlalu. Dah uzur ex PM kita. Semoga diberi kesihatan yang baik sentiasa. Amin.”

#Kerusi Roda #Pak Lah #MAHA2022