Nusantara
Raline Shah Suka Tangkap Belut! Biar Betul?
Aktres jelita Indonesia, Raline Shah, 33, akui pertandingan menangkap belut adalah aktiviti kegemarannya ketika sambutan Hari Kemerdekaan Indonesia.
"Menangkap belut dan bersaing bersama kaum lelaki adalah aktiviti kegemaran saya ketika menyambut kemerdekaan Republik Indonesia.
"Selain itu, saya juga suka pertandingan lumba makan keropok, tapi malangnya, untuk sambutan tahun ini saya tidak berada di Indonesia kerana harus menjalani penggambaran di New York," kata Raline.
Menurut Raline, dia sering memperoleh kemenangan jika menyertai pertandingan sebegitu.
Dalam perkembangan lain, Raline bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 terbitan Astro Shaw bergandingan bersama Zizan Razak dan Shaeizy Sam yang akan berada di pawagam tidak lama lagi.
Sumber : kapanlagi.com
Must-Watch Video