Hiburan
"Ramadan Di Rumah Pun Boleh Havoc Kalau..." - Nabil Ahmad
Bahang sambutan bulan Ramadan yang bakal menjelang tiba beberapa hari sahaja lagi semakin dirasakan.
Biarpun kita hanya meraikan puasa serba sederhana kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan, Ramadan kali ini boleh mengeratkan jalinan antara satu sama lain.
Pelawak, pengacara dan pelakon, Nabil Ahmad berpendapat Ramadan yang disambut di rumah juga boleh diraikan dengan havoc jika kita selalu tersenyum.
Senyum merupakan penawar serta pembawa aura positif kepada semua pihak.
Menerusi senyuman, kita dapat memberikan suasana ceria dan mengeratkan jalinan biarpun kita hanya menyambut Ramadan serba sederhana.
Nabil merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.
Selain Nabil, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Ernie Zakri, Hael Husaini, Sherry Alhadad, Ben Amir, Chubb-E dan Shiha Zikir.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Must-Watch Video