Hiburan
"Ramadan Di Rumah Tetap Bergaya Kerana..." - Hael Husaini
Penyanyi dan komposer Hael Husaini berpendapat Ramadan yang bakal disambut di rumah pada tahun ini tetap akan bergaya kerana senyuman.
Biarpun Ramadan bakal diraikan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memberi batasan untuk kita menyambutnya meriah seperti tahun-tahun lalu, senyuman merupakan elemen penting untuk kita menyambutnya dengan penuh gaya.
Apa yang penting, keindahan Ramadan diraikan untuk mengeratkan jalinan antara kita biarpun ada yang berjauhan dari ahli keluarga dan teman tersayang.
Hael merupakan satu antara tujuh personaliti popular tanah air yang menjadi duta ‘Indahkan Senyuman, Eratkan Jalinan’ bersempena kempen Ramadan Raya 2020 bersama Astro.
Selain Hael, personaliti lain yang menjadi duta kempen ini ialah Nabil Ahmad, Ernie Zakri, Shiha Zikir, Sherry Alhadad, Ben Amir dan Chubb-E.
Kehadiran ketujuh-tujuh mereka ini adalah sebagai pemangkin kepada kempen Ramadan Raya Astro 2020, bertujuan untuk membawakan senyuman menerusi pengacaraan, lakonan, persembahan serta pembabitan mereka secara amnya kepada penonton.
Ia secara tidak langsung merapatkan jurang serta mengeratkan jalinan di antara rakyat Malaysia.
Selain itu, Hael juga menciptakan lagu khas sempena kempen ini yang berjudul Senyuman Ramadan!
Jangan lupa untuk terus bersama dengan program-program menarik di pelbagai platform Astro sepanjang Ramadan dan Syawal, bermula 14 April sehingga 30 Jun ini!
Untuk lebih informasi, layari laman web www.astroraya.com.my!
Jarak akan menguatkan kita, untuk esok yang lebih bermakna.
Indahkan senyuman, eratkan jalinan dan terus setia bersama kami di Astro!
Must-Watch Video