Pelakon Tasha Shilla selamat bersalin cahaya mata sulung pada Sabtu.

Berita gembira itu dimaklum Tasha menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.

Tasha menyatakan rasa syukur kerana diberi peluang untuk merasai kehadiran zuriat selain mengucapkan kata-kata sayang kepada suaminya, Atiq Idris.

“Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah inayahNya dan keizinanNya dapat saya melahirkan anak sulung lelaki kami pada hari Ramadhan ke-12, 1442 AH / hari Sabtu April 24, 2021.

“Terima kasih pada semua yang telah mendoakan kesihatan saya dan keluarga sepanjang masa.

“Saya sangat hargai pada semua pihak yang telah membantu menyempurnakan proses bersalin ini terutamanya pihak keluarga, sahabat-sahabat, team medical di hospital.

“Yang paling teristimewa dalam hidup saya, suami Atiq Idris, thank you so much berikan saya semangat, sentiasa membahagiakan saya dan menjadi suami yang soleh. I love you so much,” coretnya.

A post shared by TASHA SHILLA (@tashashilla)


Tasha dan Muhammad Atiq Idris berkahwin pada 28 Februari 2020 di Masjid wilayah Kuala Lumpur selepas dua bulan berkenalan.