Ramadan Kembali Dengan Lebih Warna, Solat Tarawih & Bazar Ramadan Dibenarkan, SOP Jangan Lupa Ya!
Asraf Aided
13/04/2021 03:17 MYT
13/04/2021 03:17 MYT
Ramadan kali ini mungkin menambah lebih keceriaan kepada umat Islam di Malaysia kerana pihak kerajaan memberi sedikit kelonggaran.
Berbeza dengan tahun lalu di mana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lebih ketat, tahun ini solat sunat tarawih kembali dibenarkan untuk diadakan di surau dan masjid mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Bukan itu sahaja, Bazar Ramadan dan Aidilfitri juga telah diberin kebenaran untuk dibuka tahun ini.
Bagi mengelakkan kewujudan kluster baru dalam pelaksanaan tarawih, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail mengatakan 790 masjid, surau Jumaat dan surau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bersedia menerima ketibaan jemaah.
"Setiap masjid dan surau telah menubuhkan jawatankuasa pasukan petugas bagi menyelia dan mengawal SOP Jawi dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
"Pihak penguat kuasa dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jawi juga akan membuat pemantauan berkala bagi memastikan semua SOP dipatuhi, walaupun masjid dan surau berada di hujung mana pun, mereka tidak akan terlepas dari pantauan," katanya semalam.
Sementara itu, majlis buka puasa hanya dibenarkan untuk ahli jawatankuasa dan petugas sahaja manakala moreh tidak dibenarkan.
Bagaimanapun, untuk masjid dan surau yang berkemampuan, mereka boleh menyediakan makanan berbungkus untuk dibawa pulang selepas solat tarawih selesai.
Sumber: BERNAMA
Kredit Foto: Berita Harian

#Ramadan
#Raya
#Puasa
#Bazar Ramadan
#Tarawih
#PKP
#Bazar Ramadan 2021
#Bulan Puasa
#Ramadan Tahun Ini
#Tarawih 2021
#Tarawih Tahun Ini