Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Ramadan Pertama Edi: Amy Ganggu Rumah Tangga Edi, Masa Solat Pun 'Call'

Zulaikha Yusof 28/04/2021 | 08:00 MYT
Siapa yang dekat sini pernah diganggu dengan bekas kekasih?
Tak kisah sama ada mendapat gangguan ketika masih dalam proses percintaan mahupun sudah berumah tangga.
Dalam drama Ramadan Pertama Edi, kekasih lama, Amy, kerap kali menghubungi Edi sehinggakan timbul perasaan rimas.
Nasib Edi masih baik kerana Nad yang sedang sarat mengandung masih belum mengetahui lagi.
Agaknya, apa yang akan berlaku dalam episod malam ini?
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani, Abon dan ramai lagi.
Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
#Drama #Ramadan Pertama Edi
;