Laman Utama

Ramadan Pertama Edi: Pening Kepala Layan Nad Gara-Gara Salah Minum Air ... Hahaha Tengah Puasa Ni Mana Boleh!

gempak
Zulaikha Yusof
22/04/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Ramadan Pertama Edi: Pening Kepala Layan Nad Gara-Gara Salah Minum Air ... Hahaha Tengah Puasa Ni Mana Boleh!
Ramadan Pertama Edi berjaya membuat penonton ketawa dari awal sampai ke penghujung episod keempat, semalam.
Nampak gayanya, rumah Pak Sobri memang tak akan sunyi sebab Nad dan Edi terus tinggal di situ hingga tamat tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Demi meneruskan misi nak dapatkan hati Ustazah Munawarah, Pak Sobri hantar Naemah dan Nad pergi ke kelas mengaji.
Bukan beshe-beshe baju Naemah pakai. Dengan menggayakan busana berwarna merah, gaya memang dah macam seorang princess.
Tapi apa yang memeningkan kepala semua orang bila Naemah tersalah bagi Nad minum air untuk tingkatkan hubungan suami isteri.
Dah tak pasal kena gari tangan Nad dan halang dia daripada nampak Edi.
Pak Yayan pula terus menjadi plastik hitam untuk Edi. Ada ja makanan yang diumpan untuk Edi berbuka puasa awal.
Agaknya apa yang terjadi pada episod minggu hadapan pula? Bila agaknya Edi akan kantoi tak puasa?
Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.
Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.
Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.
Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.
Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.
Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?
Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Abon, Datin Lisa Surihani dan ramai lagi.
Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).
Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024