Watak pelakon Redza Rosli dalam Ramadan Pertama Edi sentiasa menjadi tumpuan penonton setiap minggu.

Mana tidaknya, rata-rata tidak sabar nak menonton tingkah laku Edi yang seakan tiada penghujungnya.

"Apa la nasib Edi, tak boleh balik rumah hahaha.

"Edi dah macam budak-budak tenung ja jam hahaha.

"Edi ni tadi salahkan jam, sekarang salahkan putaran bumi pula aiyoyo," antara komen-komen yang ditulis di laman media sosial.

Bukan itu sahaja, gabungan antara Datuk Aznil Nawawi dengan Elly Mazlein tenyata tak salah percaturan kerana hasilnya pecah perut.

"Serius best gila. Penat gelak. Kak Lina pompom gabung dengan Pak Nil memang gempak," tulis pengguna bernama Noor Salwani.

Agaknya dalam episod malam ini apa yang berlaku? Sanggup ka Edi terus tinggal di rumah Pak Sobri?

BACA: Episod 3 Ramadan Pertama Edi Penuh Ragam, Dari Telefon Nad Kena Rampas Dengan Naemah, Pak Sobri Sibuk Mengorat, Dengan Indo Mee Harga RM17!

Ramadan Pertama Edi merupakan sebuah naskah terbitan Gempak Original Series yang diarahkan oleh sutradara Datuk Yusry Abdul Halim dan Ezrie Gazali.

Mengisahkan tentang Edi dan Nad. Selepas 2 bulan berkenalan dan bercinta, Edi dan Nad terus berkahwin.

Bercinta ketika musim PKPB, membuatkan mereka jarang berjumpa serta tidak sempat kenali isi hati budi masing-masing secara mendalam.

Namun setelah tinggal bersama, Edi dan Nad mula sedar perangai pasangan masing-masing. Edi sejenis yang sukar hendak serius dan berterus terang manakala Nad pula jenis yang cerewet dan perfectionist.

Nad kini sedang hamil enam bulan dan bakal pulang ke rumah bapanya, Pak Sobri beberapa hari sebelum Ramadan. Disebabkan PKP, Nad dan Edi terpaksa berpuasa di rumah Pak Sobri selama dua minggu.

Masalah timbul di situ kerana Edi sebenarnya cukup susah untuk berpuasa. Pelbagai masalah dan konflik yang berlaku namun apa pengakhirannya?

Ramadan Pertama Edi dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Redza Rosli, Mimi Lana, Datuk Aznil Nawawi, Elly Mazlein, Datin Lisa Surihani, Abon dan ramai lagi.

Berdurasi selama 30 minit, Ramadan Pertama Edi bersiaran pada setiap hari Rabu, jam 9.30 malam secara eksklusif di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Jika anda terlepas untuk menonton episod terdahulu, anda juga boleh strim di Astro Go dan On Demand dan buat carian Ramadan Pertama Edi.