Hiburan
"Ramadan Tahun Ini Takkan Sama..." - Nadya Syahera Titip Doa Agar COVID-19 Terhapus Sebelum Raya
Pelakon Nadya Syahera berkongsi foto 'throwback' ketika dia dan keluarga bercuti ke luar negara tahun lepas.
Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan ramai.
"Antara kenangan tahun lepas, pertama kali bawa dua ketul (anaknya) ni pergi jalan jauh, banyak juga cabarannya, sangat berbeza dengan trip sebelum ini ya.
"Tapi keseluruhan anak-anak gembira, kitorang pun gembira," tulisnya di ruangan kapsyen.
Bukan sekadar berkongsi kenangan lama, Nadya juga sempat mengenang nasib orang ramai ketika berhadapan krisis COVID-19 ketika ini.
"Siapa sangka, tahun ini mungkin tak berpeluang dah nak pergi travel negara-negara luar akibat penularan wabak COVID-19 ini, habis semua kena.
"Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan? Takpalah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadan kita tahun ini takkan sama dengan tahun-tahun sebelum ini.
"Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu, hapuslah wabak COVID-19 Ya Allah, Amin," tulisnya lagi.
Perkongsian itu mendapat perhatian daripada beberapa pengikut pelakon drama bersiri Chandelier ini di ruangan komen.
Rata-rata mereka bersetuju dengan pendapat Nadya dan mengaminkan doanya itu.
Untuk perkembangan COVID-19 di negara kita, kes keseluruhan telah mencecah 4,683 setakat jam 5 petang semalam (12 April 2020).
Seramai 2108 dari jumlah itu telahpun sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kes yang masih aktif dirawat adalah 2,499.
Jumlah kematian pula telah mencecah 76 kes setakat ini.
Apapun, syabas dan tahniah diucapkan kepada petugas kesihatan dan semua pejuang barisan hadapan atas jasa dan pengorbanan mereka terhadap negara ketika ini.
Must-Watch Video