Siapa sangka kelalaian ibu bapa juga menjadi antara faktor utama 45 kanak-kanak berusia bawah 12 tahun atau belum layak divaksin dijangkiti virus Covid-19 di Sabah, semalam.

Perkara itu didedahkan oleh Jurucakap perkembangan harian Covid-19 Sabah Datuk Masidi Manjun .

Masidi berkata, situasi itu boleh dikaitkan dengan sikap segelintir individu termasuk ibu bapa yang mungkin beranggapan kebal daripada jangkitan Covid-19 selepas lengkap vaksin.

"Pemerhatian mendapati kira-kira 70 peratus daripada kes baharu Covid-19 setiap hari di Sabah membabitkan mereka yang sudah lengkap divaksin.

“Ia memberi gambaran seolah-olah ramai daripada mereka ini beranggapan sudah kebal daripada jangkitan.

"Anggapan ini bukan sahaja salah tetapi mereka tidak sedar bahawa mereka boleh menjangkiti pula anak-anak mereka di rumah yang belum layak divaksin,” katanya.

Jelasnya, sebanyak 17.4 peratus kes hari ini adalah dalam kalangan kanak-kanak yang belum layak menerima vaksin.

“Beringatlah, ibu bapa boleh menjadi pembawa virus dan menjangkiti anak-anak mereka di rumah yang masih kecil," katanya menerusi laporan Harian Metro,