Hanya kerana dana pemberian kerajaan untuk membantu rakyat Malaysia, sudah ada perselisihan faham di antara golongan artis itu sendiri.

Ada artis yang turut mahukan bantuan, ada yang kata tidak perlu, dan ada pula pihak yang menuduh artis berduit tetapi kedekut untuk menghulurkan bantuan.

Pertelegahan yang kalah jadi abu, menang jadi arang. Tidak menguntungkan sesiapa. Itulah yang hendak disampaikan oleh Sharifah Sakinah pada satu entri di Instagramnya.

"Alhamdulilah, kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal ,kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi.

"Ramai artis yang dah derma diam-diam tapi korang tatau. Ramai yang mengambil kesempatan dengan content 'spill the tea' artis, ramai yang sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi)," tulis Sakinah.

Tambah Sakinah, ketika ini seolah-olah berlaku 'civil war' antara mereka yang bertekak siapa yang patut dapat apa, siapa yang lebih sengsara dan sebagainya.

"Tak kiralah sama ada kita B40, T20, PN, atau PH, bangsa Melayu, Cina, Johor, Kadazan atau negara besar macam US atau China.

"Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. Kita sentiasa saling memerlukan. Semoga Allah mengampunkan kita semua," tulis Sakinah.

Tambah Sakinah lagi, ini baru dugaan sekecil zarah tetapi kesannya pada seluruh muka bumi tidak kira siapa dan taraf mereka.

"Kita ketepikan perbezaan antara kita dan fokus kepada cara untuk membantu. Setiap daripada kita ada fungsi tersendiri dalam satu keluarga besar yang dinamakan kemanusiaan.

Alhamdulilah , kami tak perlukan bantuan. Itu pentingnya SAVING. Kami takda bag mahal ,kami enjoy je. Percaya kepada rezeki memberi. Ramai artis yg dah derma diam diam tapi korang tatau. Ramai yang mengambil kesempatan dgn content spill the tea artis, ramai yg sedang tunjuk hero (tapi itu boleh membatu apikan keadaan lagi). Sigh... So right now there has been a civil war between us, currently debating which got what and which are suffering or benefit the most. You guys are missing out the big picture, the war is not between ourselves, it's us between the unseen enemy. It's doesn't matter if you are b40, t20, pn or ph, bangsa melayu cina johor kadazan, big power country like US or China. Kita semua hamba Allah di muka bumi. Kita kena jaga satu sama lain. We all will always need each other. May Allah forgives us all, baru dugaan sekecil-kecil zarah, tapi kesannya pada seluruh muka bumi tak kira kasta.Let's put aside our differences and focus on contributing. Everyone of us has our own special function in one big family called mankind. Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama ni bergaduh2.

A post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah) on


"Sakinah sedih tau. Patutnya kena kerjasama, ni bergaduh-gaduh," tambahnya lagi.

Ramai yang bersetuju dengan apa yang ditulis oleh Sharifah Sakinah. Kita semua sepatutnya bersatu ketika menghadapi bencana yang melanda, bukannya sibuk mencari salah antara satu sama lain.