Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Ramai Bengang Miss Universe 2021 Pilih Israel Jadi Tuan Rumah - "Nak Sokong Perang & Keganasan Ker?"

Amri Hassan
21/07/2021 15:20 MYT
"Sebanyak-banyak negara atas muka bumi, organisasi Miss Universe boleh pilih Israel?" demikian antara keluhan dan kekesalan peminat acara ratu cantik popular dunia, Miss Universe selepas mengumumkan lokasi penganjurannya tahun ini.

Dijadualkan berlangsung sekitar Disember tahun ini, Miss Universe 2021 turut memaklumkan acara terbabit bakal diadakan di Eilat, Israel.

Hal itu turut mengundang rasa tidak puas hati dalam kalangan peminat apabila ada beberapa negara yang tidak dibenarkan memasuki negara tersebut termasuk Malaysia.

Lebih mengecewakan apabila negara tuan rumah yang dipilih antara negara yang dibenci dunia ekoran kekerasan dan penindasan terhadap orang awam tanpa belas kasihan.

Malah, perang yang tercetus antara Israel dan Palestin masih belum berkesudahan selain melakarkan sejarah hitam pada Mei lalu.

"Atas sokongan terhadap apa untuk membawa Miss Universe ke Israel? Memperjuangkan perang dan keganasan?

"Biar betul Miss Universe? Ramai yang risau ratu cantik akan berdepan kecaman berbanding pujian jika memilih Israel sebagai tuan rumah kali ini. Memang bermasalah betul.

"Apa? Israel? Adakah kita tidak berpeluang untuk menghantar wakil pada tahun ini?" luah beberapa pengguna dari Malaysia dan Indonesia.

A post shared by Miss Universe (@missuniverse)


Untuk rekod wakil Israel, Rina Messinger pernah menjuarai pertandingan itu pada tahun 1976.

Eilat berada di kawasan selatan Israel berhampiran dengan Laut Merah. Kawasan pesisir pantai itu menjadi destinasi pelancongan popular negara terbabit.

Selain itu, organisasi Miss Universe turut memaklumkan Steve Harvey akan kembali sebagai pengacara.

Bagaimana reaksi dunia terhadap acara ini? Masih wujudkan solidariti antara satu sama lain? Apa nasib Malaysia, Indonesia dan Venezuela?
#Viral #Indonesia #Malaysia #Venezuela #Miss Universe #Israel #Andrea Meza
;