Ramai Cuma Tengok ‘Ikan Bilis’, Peminat Jual Udara Konsert Billie Eilish RM48,000?
Maliah Surip
30/08/2022 01:50 MYT
30/08/2022 01:50 MYT
Penyanyi Amerika Serikat (AS), Billie Eilish, baru menghabiskan rangkaian konsertnya, Happier than Ever, The World Tour pada 21 Ogos 2022 lalu.
Singapura menjadi destinasi terakhir konsertnya, sebelum penyanyi itu juga membuat heboh dalam kalangan peminatnya di Malaysia.
Antara yang menjadi buah mulut pada konsert yang berlangsung di ibu kota itu adalah kedudukan pembeli tiket dengan harga RM500 telah duduk di seberang padang dalam Stadium Bukit Jalil, sekali gus membuat ramai yang tidak berpuas hati.
Malah ia menjadi senda dan candaan di media sosial sebagai ‘menonton bilis (ikan), bukannya Billie Eilish.
Rupa rupanya, bukan hanya peminat di Malaysia yang hanya mengalami nasib sedemikian, tetapi para peminatnya di Singapura turut kena ‘scam’.
Ada dalam kalangan pembeli tiket juga tidak berpuah hati kerana tempat duduk mereka terlalu sehingga tidak dapat melihat pelantun Therefore I Am tersebut di lokasi konsert, Nasional Stadium Singapura.
‘Seperti ingin menyelesaikan masalah’, seorang penonton yang hadir ke konsert Eilish di Singapura telah menjual ‘udara’ konsert penyanyi itu.
Menerusi laporan portal Mothership, peminat tersebut mendakwa dirinya berdiri sangat dekat dengan penyanyi itu sehingga boleh mengambil ‘udara’ yang keluar dari mulut Eilish sewaktu dia menjerit.
“Saya berdiri betul di hadapannya dan telah dapat ‘menangkap udara’ yang keluar dari mulutnya sewaktu dia menjerit semasa konsert lalu dimasukkan ke dalam plastik!
“Untuk kalian yang terlepas menyaksikan Eilish, anda boleh membeli ini. Ini adalah ‘udara’ yang sangat terhad,” tulis penjual dengan nama @rev1on, di laman jual beli online Carousell Singapura.
Tak main main, selain menampilkan bukti ‘udara’ dalam plastik sebelum dimasukkan ke dalam botol plastik, pengguna tersebut juga meletakkan gambar Eilish dari jarak dekat.
Dia kemudian menawarkan ‘udara’ tersebut dengan harga SGD 15 Ribu atau bersamaan sekitar RM48, 209!
Tawaran penjualan tersebut dibuat pada 23 Ogos lalu dan pembeli perlu mengambilnya sendiir di kawasan stesen MRT Tampines.
Kredit Foto: Mothership