Ramai Dah Mula Panggil Nas Sebagai Keluang Man
Izwan Isa
02/03/2024 06:15 MYT
02/03/2024 06:15 MYT
Pelakon Nas Muammar Zar memberitahu sudah ada orang awam yang mengenali dirinya sebagai Keluang Man.
Nas berkata, sejurus selepas diumumkan sebagai pemain utama filem berkenaan, ramai yang memanggilnya dengan gelaran adiwira itu.
“Sejak saya diumumkan sebagai pemegang watak Keluang Man, ramai yang memanggil saya dengan nama watak itu.
“Sehinggakan khatib masjid pun panggil saya Keluang Man,” katanya kepada Gempak.
Nas ditemui pada acara pengenalan logo baharu Keluang Man dan pengumuman kerjasama antara Astro Shaw serta Wonda Coffee di KidZania, Kuala Lumpur pada Sabtu.
Nas menambah, hal itu berlaku barangkali disebabkan teknik pemasaran Keluang Man yang dianggap sangat berkesan.
“Ramai kanak-kanak mengikuti gerakan tangan Keluang Man. Saya rasa gimik ini sangat baik dan mereka (kanak-kanak) dah mula ikut.
“Saya harap lebih ramai yang ikut dan jadikan trend menjelang tayangan filem Keluang Man kelak,” katanya lagi.
Filem ini bakal diarahkan oleh pencipta bersama trilogi filem Polis Evo serta merupakan pengarah dan showrunner drama premium popular Projek: High Council dan Projek: Anchor SPM, Anwari Ashraf yang turut bertindak sebagai penulis skrip.
Astro Shaw kini dalam fasa pra-produksi dan sesi penggambaran Keluang Man dijangka bermula April 2024 dan dijadualkan tayangannya pada 2025.
Keluang Man merupakan siri animasi popular yang diperkenalkan pada akhir era 1990-an dan berjayamencipta fenomena tersendiri serta menjadi kebanggaan Malaysia.
Sementara menantikan filem Keluang Man ditayangkan, peminat setia serta penonton generasi baru boleh menonton siri animasi popular ini di www.keluangman.com sekarang bermula dari musim pertama sehingga musim ketiga.