HIBURAN

Ramai Dah Tak Sabar Tunggu Trailer Penuh Keluang Man, Sebutan Kita Enjoy Jadi Perhatian - “Pergh! Macam Tu Je Borhan Bagi”

Mya Amri 22/04/2025 | 06:55 MYT
Tinggal hampir sebulan sahaja lagi sebelum filem adiwira ikonik negara, Keluang Man akan ditayangkan.

Tak sabar nak lihat perangai Borhan

Istimewa lagi sebelum tarikh tayangan perdana tiba, sepotong video sedutan rasmi Keluang Man telah dikeluarkan oleh Astro Shaw.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah karakter Keluang Man itu sendiri iaitu Borhan.
Walaupun hanya seketika, namun nada suaranya yang menyebut ayat “kita enjoy” sudah cukup mendapat perhatian netizen.
Disebabkan itu, rata-rata netizen menyatakan rasa tidak sabar untuk melihat sendiri karakter Keluang Man yang dilakonkan oleh Nas Muammar Zar atau dikenali sebagai Nas T sebelum ini.
Berikut merupakan antara komen yang diberikan:
Filem Keluang Man yang diarahkan Anwari Ashraf menampilkan bariskan pelakon antaranya Nas Muammar Zar, Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Halim Othman, Amelia Henderson, Sham Sunder, Dennis Yin dan ramai lagi.
Saksikan kemunculan hero lagenda tanah air, Keluang Man dipawagam pada 29 Mei depan.
#Adiwira #Keluang Man