“Ramai DM Nak Jadi Madu…” – Ezlynn Nak Cari Yang Betul-Betul Sesuai

Fiza Kamarudin
November 6, 2021 11:40 MYT

Penyanyi, Ezlynn tidak menafikan menerima banyak mesej menerusi laman sosial Instagram daripada wanita yang mahu menjadi madunya.

Katanya, selepas mengeluarkan kenyataan mengenai mahu mencari madu (isteri) kepada suaminya, ramai wanita yang memberi respon.
Ezlyn berkata, perkara tersebut merupakan sesuatu yang positif.
"Buat masa ini saya tak nak berkongsi lanjut lagi, namun tak dinafikan ramai yang DM (mesej terus) di Instagram saya.
“Saya akan terus buka peluang kepada mereka yang berminat. Sampai bila itu saya pun tak pasti, tapi mungkin sampai jumpa yang betul-betul sesuai.
“Suami pun bersetuju dengan keputusan ini kerana ia satu langkah terbaik," katanya.
Terdahulu, Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin mengejutkan peminatnya apabila tampil memberitahu hasrat itu, baru-baru ini.
Keputusan itu dibuat kerana dia terlalu menyintai suaminya selain mahu mencari 'saham akhirat'.
Ezlynn berkata, mereka mengangkat sunnah Rasullullah SAW dan dia amat mementingkan kebahagiaan suaminya.

Sumber: Harian Metro

#Ezlynn #Ezlynn Cari Madu