Anak kepada usahawan Datuk Seri Vida, iaitu Cik B meraih perhatian ramai apabila berjaya memiliki sebuah kereta mewah yang didakwa berharga hampir RM2 juta baru-baru ini.

Difahamkan, kenderaan berwarna hitam itu jenis G Wagon Brabus G63 itu dibeli sempena dengan sambutan ulang tahun ke-19 yang jatuh pada 19 Mei lalu.

Kereta mahal

Sungguhpun Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin teruja berkongsi berita tersebut, namun, ramai dalam kalangan netizen berasa hairan bagaimana Cik B mampu untuk membeli kereta semewah itu.

Netizen hairan bagaimana Cik B mampu beli kereta mewah

“Curious! Depa ni anak beranak kaya raya jual apa e? Anybody know for sure? Takkan jual Salmon Skin dia yang bubuh segantang MSG tu?” tanya seorang pengguna platform X.

Netizen kirakan untung

Menerusi satu akaun, pengguna platform tersebut membantu membuat kiraan keuntungan kasar yang diterima Cik B hasil jualan snek tersebut.

Netizen kirakan untung kasar Salmon Skin Cik B

Berdasarkan pengiraan kasar, dengan tanggapan keuntungan sekitar 20 peratus, Cik B meraih untung sekitar RM1,729,988 juta sejak bergelar usahawan snek Salmon Skin.

Sumber: Platform X

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Smart! Ada Boss Vibes Jalan Dengan Bodyguard, Netizen Love - “Macam Mafia K-Drama, Kim Jong Un Is Shaking”

ARTIKEL BERKAITAN: Vida Belanja Tiket Penerbangan RM40,000 Untuk Kacak - “Tak Ada Membazir, Mama Nak Kita Duduk Bersama”